Torn Banner Studios dan Tripwire Presents telah melancarkan kemaskini percuma untuk permainan multi-pemain mereka Chivalry II. Kemaskini House Galencourt ini antaranya menyertakan dua peta baharu, mod permainan baharu dan juga lebih 60 pilihan ubahsuai berbeza.

Berikut adalah kemaskini utama yang disertakan;

  • Peta Galencourt – Peta untuk mod Team Objective yang mengambil inspirasi daripada bandar Galencourt
  • Peta Courtyard – Peta untuk mod Team Deathmatch, Free-for-All dan Arena
  • Mod Arena – Mod ini akan membawa pertempuran yang lebih padat dengan 3 lawan 3 dan pemenang adalah yang pertama memenangi 5 pusingan. Ia boleh dimainkan di peta Tournament Grounds, Fighting Pits dan Courtyard
  • Arrow Cam – Pemain kini boleh melihat kamera dari sudut panah, fungsi yang pernah disertakan di dalam permainan pertama
  • Lebih 60 pilihan ubahsuai – The Armoury akan menerima pelbagai pilihan ubahsuai untuk senjata, perisai, alihan suara dan pelbagai lagi

Chivalry II sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini