Koch Media Mengambil Alih Digixart Dan Force Field

Koch Media telah mengumumkan yang mereka mengambil-alih secara penuh Digixart iaitu studio pembangunan permainan video dari Perancis dan juga studio pembangun permainan realiti maya Force Field.

Digixart merupakan studio yang mempunyai 20 pembangun dan pernah hadir dengan permainan seperti Lost in Harmony serta 11-11 Memories Retold. Mereka juga bakal hadir dengan permainan Road 96 yang akan dikeluarkan pada 16 Ogos ini.

Force Field pula akan diambil alih oleh Vertigo Games iaitu studio pembangunan di bawah Koch Media yang memfokuskan kepada permainan realiti maya. Force Field sebelum ini hadir dengan permainan realiti maya seperti Landfall, Time Stall serta Coaster Combat dan akan hadir dengan satu permainan AAA yang masih tidak diumumkan lagi.

Mereka tidak berkongsi kos pengambil-alihan untuk kedua-dua studio ini dan mereka juga tidak memperlihatkan sebarang perubahan utama untuk pengurusan baginya.

Sohor Kini