Moonton melalui perkongsian di laman Facebook Mobile Legends: Bang Bang telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri animasi tersendiri iaitu Legends of Dawn: The Sacred Stone.

Berdasarkan perkongsian tersebut berikut adalah sipnopsis untuk siri ini;

Siri animasi kami akan datang bakal menghidupkan wira kesayangan kita ketika mereka mengembara melalui Bandar Diraja demi mencari Batu Keramat. Siri ini akan membawa peminat francais ke sebuah pengembaraan yang riang dan kelakar serta penuh dengan visual yang menyegarkan

Mereka juga mengumumkan yang tayangan perdana untuk siri tersebut adalah pada suku terakhir tahun ini, melalui WeTV secara global dan juga di TV9.

Hadinya siri animasi ini adalah mengikut jejak langkah dua lagi permainan MOBA yang turut mempunyai siri animasi tersendiri iaitu Dota: Dragon’s Blood dan Arcane untuk League of Legends di mana kedua-duanya tiba di Netflix.

Sohor Kini