Focus Home Interactive iaitu penerbit untuk permainan seperti A Plague Tale: Innocence, Vampyr, dan GreedFall telah mengumumkan yang mereka telah membeli 77.5% pegangan untuk studio Dotemu dengan nilai €38.5 juta (~RM191 juta) dengan tambahan €15 juta bergantung kepada prestasi kewangan.
Dotemu merupakan pembangun yang memfokuskan untuk memodenkan permainan klasik. Antara permainan mereka adalah Streets of Rage 4 yang merupakan antara kejayaan utama mereka. Buat masa ini mereka sedang membangunkan permainan Metal Slug Tactics dan Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge.
Keparakan mereka membawa permainan klasik ini juga telah menjadi fokus utama di dalam keputusan yang dibuat oleh Focus Home Interactive untuk pengambil-alihan ini, menandakan yang modus operandi untuk Dotemu akan terus kekal iaitu memperbaharui permainan klasik.
Pihak pengurusan dan juga pembangun-pembangun Dotemu akan terus kekal seperti sedia ada, sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Ini termasuk Cyrille Imbert yang akan kekal sebagai CEO dan beliau juga masih lagi memegang 22.5% pegangan untuk studio ini.