Sony Interactive Entertainment mengumumkan penganjuran “Summer Playground” untuk meraikan semangat kesukan, kemahiran, kerjasama dan juga dedikasi untuk semua pemain PlayStation. Ia bermula sekarang sehingga 26 Ogos 2021 dan pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran.

Pemain yang ingin menyertainya hanya perlu mendaftar menggunakan akaun PSN mereka di pautan ini – https://www.playstation.com/en-my/local/campaigns/summer-playground. Setiap pemain yang mendaftar akan bersama untuk mencapai pelbagai cabaran.

Terdapat 3 cabaran yang disertakan seperti berikut;

  • Cabaran 1 Play Marathon (Cabaran Skuad) – Setelah mencapai 1 juta jam masa bermain, semua pemain yang mendaftar akan mendapat avatars TORO bertemakan acara sukan.
  • Cabaran 2 Most Valuable Player (Cabaran Individu) – 30 Pemain yang bermain permainan sukan yang tersenarai di pautan ini, untuk setiap benua akan mendapat langganan PS Plus selama 12 bulan.
  • Cabaran 3 Greatest of All Time (Cabaran Trofi) – 3 pemain yang mendapat markah trofi tertinggi semasa Summer Playground akan mendapat medal dan juga baucar untuk PS Store bernilai RM4,890.

Selain itu, PlayStation Store juga sedang menganjurkan jualan promosi yang menawarkan pelbagai permainan dengan potongan harga termasuk juga sehingga 80%.

Sohor Kini