Nintendo hari ini telah mengemaskini jumlah jualan konsol mereka, dan telah mengumumkan Nintendo Switch terjual sebanyak 89.04 juta unit setakat Jun 2021. Ia memperlihatkan 4.45 juta unit peningkatan berbanding jumlah untuk akhir Mac lepas.

Mengikut konsol pula, Nintendo Switch terjual 3.31 juta unit untuk tiga bulan lepas yang membawa kepada jumlah keseluruhan adalah 73.2 juta unit manakala Nintendo Switch Lite adalah 1.14 juta unit untuk tiga bulan lepas yang membawa kepada jumlah keseluruhan kepada 15.84 juta unit.

Bagi jualan permainan pula, untuk tiga bulan mereka telah menjual 45.29 juta unit. Manakala untuk senarai 10 permainan keluaran mereka yang terlaris ia tidak memperlihatkan sebarang perubahan dengan Mario Kart 8 Deluxe masih lagi di tempat pertama diikuti Animal Crossing: New Horizons dan Super Smash Bros. Ultimate.

Namun, ia juga menyertakan permainan baharu iaitu Ring Fit Adventures yang berada di tempat ke-10 selepas terjual sebanyak 11.26 juta unit.

Sohor Kini