505 Games dan Ironward telah mengumumkan yang Red Solstice 2: Survivors telah menerima kemaskini 1.5 yang antaranya akan menyertakan kelas baharu iaitu Terminator untuk semua pemain.

Kelas Terminator mempunyai keupayaan tersendiri di mana bergantung kepada pilihan oleh pemain, kuasa tersebut akan dicaj secara menerus tetapi lebih perlahan ataupun selepas setiap pembunuhan yang akan caj dengan sedikit lebih pantas.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang kelas seterusnya iaitu Hellfire akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini, manakala Howell-Barrex Inc akan tiba pada suku terakhir tahun ini yang akan menyertakan Exoskeletons bersama dengan kelas Engineer.

Manakala pada tahun 2022 mereka merancang untuk mengeluarkan tiga DLC iaitu Condatis Group, Insurgents dan M.E.R.C.S, kesemua DLC ini akan mempunyai penceritaan mereka yang tersendiri. Maklumat lanjut mengenai DLC dan juga harga akan diumumkan kemudian.

Red Solstice 2: Survivors sudah dilancarkan untuk PC.

Sohor Kini