Yoodo sebelum ini telah mengumumkan yang mereka tidak lagi menjadi rakan utama untuk pasukan PUBG Mobile Gank, dan minggu ini mereka telah mengumumkan kerjasama baharu iaitu Alliance.

Alliance merupakan organisasi esukan dari Sweden, dan mereka akan menubuhkan satu pasukan PUBG Mobile yang akan melibatkan pemain-pemain dari pasukan Gritg Ares yang merupakan juara PUBG Mobile National Championship Malaysia pada bulan lepas.

Dengan kata lain Gritg Ares kini dikenali sebagai Yoodo Alliance yang terdiri daripada;

  • Muhammad Zalmi (Kimz)
  • Muhammad Haikal (Lex)
  • Muhammad Fahmi (Pami)
  • Mohd Hafizuddin (Dinx)
  • Mohamad Afiq (TemahK)

Sebagai juara untuk PMNC, mereka adalah antara pasukan yang akan bertanding di dalam PUBG Mobile Pro League Musim 4 yang akan berlangsung pada hujung bulan ini yang akan turut melibatkan pencipta kandungan terkenal seperti Soloz.

Sohor Kini