Sucker Punch Productions dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang mod multi-pemain untuk Ghost of Tsushima iaitu Legends akan dilancarkan secara kendiri dan boleh dibeli kepada yang tidak memiliki permainan Ghost of Tsushima.

Ghost of Tsushima: Legends ini boleh didapatkan dengan harga RM89 bermula 20 Ogos ini, ia akan menyertakan kesemua kandungan di dalam Legends kecuali barangan kosmetik yang memerlukan permainan penuh. Ia juga akan menyertakan mod baharu iaitu Rivals.

Di dalam Rivals, dua pasukan yang terdiri daripada dua pemain akan bertempur dengan ombakan penjahat, setiap kali mengalahkannya pemain akan mendapat Magatama yang boleh digunakan untuk menyukarkan lagi pihak lawan, contohnya menghalang daripada lawan untuk melakukan pembelian ataupun mengurangkan nyawa. Pasukan yang mencapai Final Stand dan mengalahkannya akan memenangi sesi tersebut.

Mod ini akan tiba pada 3 September untuk Ghost of Tsushima: Legends termasuk juga yang mengaksesnya melalui permainan asal Ghost of Tsushima.

Mereka juga mengumumkan sistem Gear Mastery, di mana pemain boleh menyambungkan satu peralatan yang telah mencapai tahap 110 ke satu kelas untuk melakukan Mastery Challenges. Selesaikannya pemain boleh meningkatkan tahap kepada 120 dan mempunyai slot kebolehan yang kedua.

Jika anda membeli Ghost of Tsushima Legends dan ingin mencuba permainan penuh, naik taraf ke versi Director’s Cut juga boleh dilakukan dengan harga RM160 untuk versi PS4 dan RM210 untuk versi PS5.

Ghost of Tsushima sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, manakala versi naik taraf dan penambahan iaitu Ghost of Tsushima Legends akan dilancarkan pada 20 Ogos 2021.

Sohor Kini