Epic Games telah mengumumkan dua watak yang akan menjadi kostum seterusnya untuk Fortnite adalah Cammy dan juga Guile. Kedua-dua mereka merupakan watak terkenal dari siri permainan Street Fighter.

Cammy akan hadir dengan dua pilihan kostum iaitu Classic dan juga Tactical bersama dengan Borealist Backer Backbling. Manakala Guile akan disertakan dengan kostum Classic dan juga Glistening yang lebih kasual bersama dengan K.O Backbling.

Setiap kostum boleh didapatkan secara berasingan ataupun bersama melalui berkas Cammy & Guile yang akan turut menyertakan hiasan skrin pemuat. Fortnite juga menawarkan berkas Cammy & Guile Gear jika ingin dapatkan Pickaxe dan Vector Glider khusus.

Kesemua berkas ini boleh mula didapat melalui kedai di dalam permainan bermula 8 Ogos ini. Epic Games juga sebelum ini mengumumkan yang Ariana Grande akan melakukan persembahan di dalam permainan tersebut bermula 7 Ogos ini.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini