Sony Interactive Entertainment sebelum ini telah mengumumkan yang PlayStation 5 telah terjual 10 juta unit setakat 18 Julai 2021, melalui perkongsian prestasi kewangan oleh Sony untuk Suku Pertama bagi Tahun Fiskal 2021/2022, jumlah keseluruhan PS5 yang diedarkan pada bulan April sehingga Jun adalah 2.3 juta unit.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan PlayStation 5 di pasaran adalah 10.1 juta unit, sejak dilancarkan pada bulan November lepas. Dengan stok PS5 adalah sangat terhad, kita boleh jangkakan yang yang kesemua 10.1 juta unit telah terjual.

Bagi PlayStation 4, sepanjang bulan April sehingga Jun, ia telah diedarkan sebanyak 500 ribu unit menjadikan jumlah keseluruhan PS4 diedarkan setakat ini adalah 116.4 juta unit.

Selain itu, Sony juga mengumumkan sepanjang bulan April sehingga Jun, mereka telah menjual 63.5 juta unit permainan dan 10.5 juta unit adalah untuk permainan oleh PlayStation Studios. Daripada jumlah tersebut, 71% adalah secara digital di mana mereka juga menyertakan jumlah untuk berkas PS4/PS5 bersama dengan permainan.

Bagi pelanggan PlayStation Plus pula ia memperlihatkan penurunan berbanding pada jumlah pada akhir Mac, iaitu 46.3 juta pelanggan berbanding 47.6 juta pelanggan. Jumlah pemain aktif pula adalah 104 juta pemain.

Sohor Kini