Nexon pada bulan lepas telah membuka sesi pra-daftar untuk permainan mudah alih KonoSuba: Fantastic Days, hari ini mereka mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2021 untuk iOS dan Android.

Sebelum pelancaran ini, pemain masih lagi boleh pra-daftar untuk mendapatkan pelbagai ganjaran barangan di dalam permainan, termasuk juga memenangi figura Megumin yang akan dipilih secara rawak.

KonoSuba: Fantastic Days adalah permainan berdasarkan siri anime KonoSuba: God’s Blessing on This Wonderful World!. Permainan ini akan menyertakan penceritaan tersendiri tetapi melibatkan watak-watak daripada siri ini yang akan menggunakan pelakon suara asal dan juga watak eksklusif untuk permainan

Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Bersempena pelancaran, Nexon juga akan menganjurkan acara Showcase Event di laman Youtube mereka.

Sohor Kini