Ubisoft telah mengumumkan yang Far Cry 5 boleh dicuba secara percuma buat masa terhad untuk setiap platform ia dikeluarkan. Pemain dapat mengakses keseluruhan permainan termasuk juga untuk bermain secara koperasi.

Berikut adalah masa sesi ini akan bermula mengikut platform;

  • PC (Ubisoft Store) – 5 Ogos, 9PM
  • PC (Epic Games Store) – 6 Ogos, 1AM
  • PS4/PS5 – 5 Ogos, 3PM
  • Xbox One/Xbox Series – 5 Ogos, 3 PM

Dengan kempen penceritaan untuk permainan ini mengambil lebih kurang 20 jam sahaja jika tidak melakukan kesemua misi dan aktiviti sampingan, anda boleh menghabiskannya sepanjang sesi percubaan secara percuma ini.

Anda juga boleh mula memuat turun bermula hari ini sebelum bermainnya mengikut setiap sesi di atas.

Far Cry 5 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Permainan terbaru untuk siri ini iaitu Far Cry 6 akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Sohor Kini