Pro Clubs merupakan antara mod di dalam siri permainan FIFA, melaluinya pemain boleh bermain 11v11 dan setiap satu atlit dikawal oleh pemain.

Di dalam FIFA 22, pemain kini boleh mencipta atlit wanita untuk digunakan dalam mod tersebut. Pemain boleh menggunakan atlit tersebut untuk bermain secara campuran dengan pemain-pemain lain.

Anda boleh tonton video untuknya yang dikongsi oleh EA di bawah.

EA sebelum ini sudah menyertakan atlit wanita di dalam FIFA akan tetapi ia adalah terhad untuk pasukan negara dan juga melalui mod Volta.

FIFA 22 akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Bagi Switch ia akan menerima Legacy Edition manakala PS4, Xbox One dan PC tidak akan menerima teknologi HyperMotion.

Sohor Kini