Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan untuk Xbox Game Pass pada awal bulan Ogos ini, antaranya adalah Hades yang akhirnya dilancarkan untuk lebih banyak platform termasuk juga untuk Xbox One dan Xbox Series. Selain itu, dengan Codemaster menyertai EA, beberapa permainan mereka kini disertakan di dalam EA Play dan juga Xbox Game Pass.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada awal bulan ini;

  • Curse of the Dead Gods (Xbox, xCloud, PC) – 5 Ogos
  • Dodgeball Academia (Xbox, xCloud, PC) – 5 Ogos
  • Katamari Damacy Reroll (Xbox, xCloud, PC) – 5 Ogos
  • Lumines Remastered (Xbox, xCloud, PC) – 5 Ogos
  • Skate (Xbox) – 5 Ogos
  • Starmancer (PC) – 5 Ogos
  • Art of Rally (Xbox, xCloud, PC) – 12 Ogos
  • Hades (Xbox, xCloud, PC) – 13 Ogos
  • Microsoft Solitaire Collection: Premium Edition (PC) – 17 Ogos

Selain itu berikut adalah permainan-permainan Codemaster yang menyertai EA Play dan sekaligus juga disertakan di dalam Xbox Game Pass;

  • Dirt 4
  • Dirt Rally
  • Dirt Rally 2.0
  • F1 2020
  • Grid

Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Ogos;

  • Grand Theft Auto V – 8 Ogos
  • Ape Out
  • Crossing Souls
  • Darksiders Genesis
  • Don’t Starve
  • Final Fantasy VII
  • Train Sim World 2020

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini