Konami sebelum ini telah mengumumkan yang Pro Evolution Soccer kini dikenali sebagai eFootball dan mereka juga mengumumkan yang permainan percuma untuk dimulakan. Perkongsian lanjut akan dilakukan pada akhir bulan ini, akan tetapi mereka telah menjawab beberapa pertanyaan di akaun Twitter.

Menjawab mengenai kualiti grafik yang akan disertakan di dalam eFootball, Konami mengatakan yang mereka membangunkan permainan ini terlebih dahulu untuk konsol dan konsol generasi terkini dan juga PC akan menyertakan kualiti grafik yang baik walaupun semasa bermain secara rentas platform.

Bercakap mengenai rentas platform, Konami mengesahkan yang mereka akan menyertakan pelbagai tetapan kepada pemain untuk memilih sama ada menghadkan rentas platform ataupun membukannya secara menyeluruh. Ia juga boleh ditentukan berdasarkan lokasi untuk memastikan sesi dalam talian yang baik.

Konami juga mengesahkan yang eFootball yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini boleh dikatakan sebagai satu ‘demo’ dengan jumlah pasukan dan juga mod yang terhad. Berdasarkan laporan kami sebelum ini, ia akan mempunyai mod Exhibition dengan 9 pilihan kelab.

Namun, mereka akan menambah pelbagai lagi kandungan selepas pelancaran, termasuk juga yang akan tiba pada tahun ini. Kandungan tersebut akan diumumkan kemudian. Bagi mod Master League pula, mereka akan menyertakannya sebagai penambahan berbayar di masa hadapan.

Bagi sokongan untuk Edit Mode atau Option File ia buat masa ini hanya disasarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC, dan Konami juga mengatakan yang akan melakukan perubahan untuk cara mendapatkan pemain pilihan berbanding sistem yang bergantung kepada nasib sebelum ini, pemain kini boleh melakukan secara terus menggunakan Match Pass.

eFootball akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini