Microsoft telah mengumumkan alat kawasalan Xbox dengan warna baharu iaitu edisi khas Aqua Shift, selain menyertakan warna biru kecerunan, ia juga menyertakan getah di bahagian tetapi untuk memberikan genggaman yang lebih baik semasa menggunakannya. Ia adalah pertama kali disertakan untuk alat kawalan Xbox.

Mereka mengatakan yang sentiasa mencari pelbagai cara untuk mempertingkatkan pengalaman penggunaan alat kawalan Xbox, walaupun tidak dinyatakan akan tetapi kita boleh jangkakan yang pengeluaran alat kawalan Xbox seterusnya akan mengekalkan fungsi getah tersebut, terutama jika ia menerima penerimaan yang baik.

Alat kawalan Xbox Aqua Shift ini diumumkan akan tiba pada 1 September 2021 dengan harga $69.99 (~RM296) iaitu harga biasa untuk alat kawalan dengan rekaan khas, harga untuk alat kawalan Xbox biasa adalah $59.99.

Sohor Kini