Blizzard hari ini telah mengumumkan yang presiden mereka iaitu J. Allen Brack telah meninggalkan studio tersebut secara serta merta dan pengurusan Blizzard akan dikongsi bersama oleh Jen Oneal dan Mike Ybarra.

Jen Oneal sebelum ini merupakan Naib Presiden Pembangunan dan sudah bersama dengan Blizzard selama 18 tahun, manakala Mike Ybarra merupakan Naib Presiden Platform yang memfokuskan kepada pengurusan Battle.Net dan juga pembangunan perkhidmatan bagi Blizzard.

J. Allen Brack menjadi presiden untuk Blizzard pada tahun 2018 mengantikkan Mike Morhaime, dan menyertai Blizzard sejak tahun 2005 sebagai penerbit untuk World of Warcraft. Beliau adalah antara yang dinamakan di dalam kes saman terhadap Activision Blizzard akibat pelbagai kes gangguan seksual.

Blizzard sekadar mengatakan yang J. Allen Brack meninggalkan syarikat tersebut untuk mencari peluang baharu di luar. Namun, ia berkemungkinan besar berkait dengan kes saman yang sedang berlaku sekarang.

Sohor Kini