Naraka: Bladepoint adalah permainan battle royale oleh 24 Entertainment dan akan diterbitkan oleh NetEase Games, ia akan dilancarkan pada 12 Ogos ini akan tetapi terhad untuk PC sahaja.

Melalui perkongsian dengan IGN, 24 Entertainment telah mengumumkan yang permainan tersebut juga sedang dibangunkan untuk konsol, dan berkongsi video ia dimainkan di PlayStation 5.

Buat masa ini tidak disahkan lagi konsol yang ia akan tiba selain daripada PlayStation 5. Mereka juga masih tidak berkongsi tarikh pelancaran untuknya buat masa ini. Namun, dengan 24 Entertainment mengatakan konsol, kita boleh jangkakan yang PlayStation 5 dan Xbox Series adalah sebahagian daripadannya.

Naraka: Bladepoint adalah permainan battle royale yang akan melibatkan 60 pemain pada satu masa, ia menyertakan pelbagai elemen unik berbanding permainan lain untuk genre ini. Ia juga merupakan antara permainan menarik pilihan kami yang akan dikeluarkan pada bulan ini.

Sohor Kini