Semasa perkongsian ketika Acara PlayStation 5 oleh Sony Interactive Entertainment pada tahun lepas, antara permainan yang menarik minat kami adalah Stray iaitu permainan indie oleh BlueTwelve Studio dan akan diterbitkan oleh Annapurna Interactive. Ia menarik, kerana di dalam permainan ini, pemain akan menjadi seekor kucing.

Ketika acara Annapurna Showcase pula, Annapurna Interactive telah berkongsi lanjut mengenai bentuk permainan untuk Stray, dan mereka juga mengumumkan yang ia akan tiba pada awal tahun 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC. Sebelum ini ia diumumkan akan tiba pada tahun ini.

Berdasarkan video yang dikongsi, pemain akan mengawal seekor kucing yang pada awalnya tercedara, pemain akan melalui pelbagai kawasan dan perlu menyelesaikan tekaria dengan menggunakan gerakan biasa seekor kucing. Pemain kemudian berjumpa dengan satu robot bernama B12.

B12 bukan sahaja akan menemani pemain, tetapi ia juga akan membantu untuk berkomunikasi dengan robot-robot lain dan juga menyimpan barangan yang dijumpai. Semasa mengembara, pemain juga akan diserang oleh pelbagai penjahat antaranya adalah Zurks iaitu robot berbentuk tikus, di dalam video diperlihatkan pemain juga akan mempunyai senjata tersendiri untuk melawan mereka.

Sohor Kini