Epic Games telah mengumumkan acara masa terhad terbaru untuk permainan battle royale Fortnite iaitu Rift Tour, antara yang akan disertakan adalah konsert persembahan oleh penyanyi terkenal iaitu Ariana Grande. Beliau akan melakukan persembahan pada 7 Ogos dan akan diulang sehingga 9 Ogos dengan 5 persembahan secara keseluruhan.

Jadual persembahan adalah seperti berikut;

  • Persembahan 1 – 7 Ogos, 6AM
  • Persembahan 2 – 8 Ogos, 2AM
  • Persembahan 3 – 8 Ogos, 12PM
  • Persembahan 4 – 8 Ogos, 10PM
  • Persembahan 5 – 9 Ogos, 6AM

Selain itu, Epic Games turut mengumumkan yang barangan kosmetik berdasarkan Ariana Grande juga akan ditawarkan di dalam Item Shop antaranya adalah kostum dan juga Piggy Smallz Back Bling. Ia akan tiba bermula pada 5 Ogos 2021.

Pemain juga boleh mula melakukan misi Rift Tour sehingga 8 Ogos untuk mendapat ganjaran seperti hiasan skrin pemuat, penyembur dan juga Emoticon. Semua pemain yang menghadiri konsert Ariana Grande juga akan mendapat payung Cuddly Cloudcruiser.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini