Battlefield 2042 tidak akan menyertakan kempen penceritaan, akan tetapi tidak bermakna ia tidak mempunyai penceritaan tersendiri. EA telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem pendek untuk permainan tersebut yang dikatakan akan memperlihatkan kejadian yang membuatkan berlakunya peperangan. Ia akan disiarkan pada 12 Ogos 2021.

Battlefield 2042 akan dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia akan menyokong fungsi rentas platform akan tetapi terhad kepada generasi di mana PlayStation 5, Xbox Series dan PC boleh bermain bersama kerana ia menyokong sehingga 128 pemain pada satu masa. Manakala PlayStation 4 dan Xbox One boleh bermain bersama dengan menyokong sehingga 64 pemain.

Mereka juga akan memperkenalkan Battlefield Portal sebagai salah satu mod di dalam permainan ini, di mana melaluinya pemain boleh menghasilkan pelbagai jenis pertempuran yang berbeza termasuk juga melibatkan pelbagai generasi perang yang berbeza.

Sohor Kini