Ubisoft mengumumkan acara masa terhad untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege iaitu Containment, ia akan bermula pada 3 Ogos 2021 dan akan berlangsung sehingga 24 Ogos. Acara ini akan mengambil inspirasi daripada permainan akan datang mereka iaitu Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction dengan memperkenalkan mod baharu iaitu Nest Destruction.

Di dalam mod Nest Destruction ini, mereka akan menguba peta Consulate yang akan dipenuhi dengan Chimera Parasite. Seperti di dalam permainan Extraction, pasukan attacker kini dikenali sebagai REACT akan cuba untuk memusnahkan Nests, manakala pasukan defender akan menjadi Proteans yang akan cuba menghalangnya dan hanya boleh menggunakan serangan melee.

Selain itu, acara ini juga akan memperkenalkan 33 barangan untuk operator antaranya adalah IQ, Ace, Blackbeard, Amaru, Zero, Aruni, Jager, Kaid, Mira dan Warden. Di mana ia ditawarkan melalui berkas dengan penukaran 1680 R6 ataupun melalui Containment Packs dengan harga 300 R6 atau 125000 Reown.

Ubisoft juga mengumumkan yang Tom Clancy’s Rainbow Six Siege boleh dicuba secara percuma bermula pada 13 Ogos sehingga 15 Ogos di semua platform ia dikeluarkan iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini