Tripwire Interactive telah mengumumkan yang DLC pertama untuk permainan jerung mereka iaitu Maneater akan dilancarkan pada 31 Ogos 2021 dengan judul Truth Quest Conspiracy Theories. Melaluinya, ia akan membawa penceritaan baharu dan juga pelbagai kandungan tambahan yang lain.

Di dalam DLC ini, pemain akan menyiasat mengenai konspirasi mengenai Port Clovis dan Naval Wildlife Organization (NWO) di mana mereka dikatakan sedang melakukan kajian terhadap haiwan untuk menjadikannya satu senjata. Trip Westhaven iaitu pemberita juga cuab untuk mendedahkan mengenai konspirasi tersebut.

Selain itu, DLC ini juga akan membawa lima evolution baharu di mana slot tambahan akan dibuka di tahap 35 dan had tahap dipertingkatkan kepada 40. Ia juga akan menyertakan haiwan dan penjahat baharu yang akan turut menggunakan senjata berlainan. Dua objektif baharu juga disertakan iaitu Failure to Communicate dan Time Trial.

Maneater sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini