Venom: Let There Be Carnage merupakan filem susulan untuk siri Venom oleh Sony Pictures, sebelum ini mereka telah berkongsi satu treler untuknya yang serba sedikit memperlihatkan Tom Hardy sebagai Eddie Brock masih lagi sedang menetapkan ‘peraturan’ bagi Venom dan ia juga memperlihatkan Cletus Kasady yang juga Carnage dilakonkan oleh Woody Harrelson.

Di dalam video treler baharu yang anda boleh tonton di bawah, ia kebanyakannya memperlihatkan perihal yang sama dengan treler sebelum ini tetapi masih menyertakan pelbagai adegan baharu, termasuk juga memperlihatkan lebih jelas rekaan Carnage di dalam filem ini.

Jika treler yang pertama sebelum ini mereka mengumumkan yang Venom: Let There Be Carnage akan ditayangkan pada 24 September 2021, akan tetapi treler baharu ini sekadar mengatakan yang ia akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam pada suku terakhir tahun ini, tidak disahkan jika ia masih akan tiba bulan depan.

Venom: Let There Be Carnage diarahkan oleh Andy Serkis menggantikan Ruben Fleischer yang mengarah filem pertama, ia juga mengekalkan penulis Kelly Marcel dan cerita oleh Tom Hardy sendiri.

Sohor Kini