Ember Labs telah mengumumkan yang mereka menunda tarikh pelancaran untuk permainan aksi pengembaraan mereka Kena: Bridge of Spirits lebih kurang sebulan. Diumumkan sebelum ini, ia sepatutnya dilancarkan pada 24 Ogos 2021 akan tetapi telah ditunda ke 21 September 2021. Pengumuman tersebut dilakukan melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Mereka mengatakan yang memerlukan sedikit masa lagi untuk memastikan yang permainan ini boleh dimainkan dengan prestasi terbaik di setiap platform ia dikeluarkan iaitu PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC melalui Epic Games Store.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal Kena yang akan mengembara dan melawan pelbagai penjahat menggunakan tongkat ajaibnya, yang juga boleh diubah menjadi panah. Kena juga akan ditemani oleh Rot yang boleh dihias dan juga digunakan di dalam permainan seperti menggerakkan barang dan juga menjadi pertahanan.

Sohor Kini