Rocket League telah melancarkan rekaan kereta berdasarkan kereta popular James Bond iaitu Aston Martin DB5 1963 ia adalah kereta yang digunakan di dalam filem James Bond iaitu Goldfinger yang dikeluarkan pada tahun 1964. Anda boleh tonton video pengumuman untuknya di bawah.

Berkas untuk Aston Martin DB5 ini menyertakan kereta dengan warna asal iaitu perak, bunyi enjin khas, rekaan Wheels dan juga hiasan kereta. Barangan-barangan ini hanya boleh digunakan di Aston Martin DB5 sahaja, dan hiasan kereta lain juga tidak semua boleh digunakan di kereta ini. Berkas ini boleh didapati dengan harga 1100 Credits untuk buat masa terhad.

Rocket League sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini