Encased, Permainan RPG Cereka Sains Akan Tiba Pada 7 September 2021

Prime Matter dan Dark Crystal Games telah mengumumkan yang permainan Encased akan dikeluarkan secara rasmi pada 7 September 2021 untuk PC melalui Steam, Epic Games dan GOG. Ia adalah permainan RPG Cereka Sains secara isometrik yang memfokuskan kepada elemen strategi untuk bentuk pertempuran.

Encased berlaku pada tahun 1976 di satu kawasan yang digelar sebagai The Dome, walaupun satu tempat yang gurun, akan tetapi ia juga mempunyai pelbagai rekaan berteknologi tinggi dan juga pelbagai penjahat yang berbahaya. Sebagai permainan RPG pemain boleh memilih pelbagai rekaan keupayaan untuk watak, dan penceritaan akan melibatkan 6 puak berbeza.

Sejak tahun 2019, ia sudah dilancarkan di Steam secara akses awal, manakala pada 7 September ini ia akan dikeluarkan secara penuh dengan penambahan gedung lain. Encased merupakan salah satu daripada 12 permainan yang akan diterbitkan oleh Prime Matter iaitu studio penerbitan baharu di bawah Koch Media.

Sohor Kini