What If…? Akan Diteruskan Dengan Musim Kedua

Siri animasi What If…? belum lagi disiarkan. Ia akan disiarkan pada 11 Ogos tidak lama lagi di Disney+, atau di Malaysia melalui Disney+ Hotstar.

Siri animasi ini adalah penceritaan alternatif kepada 23 filem Marvel yang sudah ditayangkan. Ia akan mempunyai 10 episod di mana setiap episod akan melibatkan pelbagai watak yang kita kenal tetapi peranan mereka berbeza. Contohnya Spider-Man adalah Dr. Strange, T’Challa adalah Star-Lord, Iron Man adalah zombi dan banyak lagi.

Siri TV ini sudah disahkan akan mempunyai musim kedua, juga akan ada 10 episod. Episod-episod ini adalah daripada 30 garis log asal semasa projek animasi ini bermula. Disebabkan musim pertama hanya ada 10 episod, baki lagi 20 akan disampaikan pada musim akan datang.

Masih tiada butiran jelas seperti sinopsis, tarikh siaran atau juga pelakon yang bakal terlibat.

Sohor Kini