Selain mengumumkan monitor Acer Nitro XV252Q F dan Predator X34 GS, Acer hari ini juga telah mengumumkan dua model desktop baharu mereka iaitu Predator Orion 3000 dan Acer Nitro 50. Kedua-dua desktop ini akan ditawarkan bermula pada 3 Ogos 2021 melalui pengedar rasmi mereka dan akan menyertakan 3 tahun jaminan.

Predator Orion 3000 hadir dengan dua pilihan model asas yang mempunyai spesifikasi seperti berikut;

  • P03-630-11400W10D | Intel Core i5-11400F, NVIDIA GeForce GTX 1660, 8GB RAM, 512GB M.2 SSD dengan harga RM3,999
  • PO3-630-1170W10D | Intel Core i7-11700F, NVIDIA Geforce RTX 3070, 8GB RAM, 1TB M.2 SSD dengan harga RM6,899

RAM boleh dipertingkatkan sehingga 64GB (16GB x 4), ia juga mempunyai 1 PCIe x16 slot untuk tambahan lain. Predator Orion 3000 hadir dengan teknologi FrostBlade untuk memastikan suhu yang optimum semasa penggunaan. Pengguna juga boleh mengubah lampu di bahagian depan yang menyokong RGG.

Pembelian Predator Orion 3000 ini semasa Acer Day x Shopee Superbrand, pembeli akan mendapat set fon kepala Predator Galea 350 yang bernilai RM349 untuk PO3-630-1170W10D atau Predator Galea 311 yang bernilai RM199 untuk P03-630-11400W10D.

Manakala Acer Nitro 50 juga hadir dengan dua pilihan yang mempunyai spesifikasi seperti berikut;

  • N50-620-11400W10D | Intel Core i5-1140F, NVIDIA GeForce GTX 1650, 8GB RAM, 256GB M.2 SSD dengan harga RM3,399
  • N50-62-=11700W10D | Intel Core i7-11700F, NVIDIA GeForce GTX 1660,512GB M.2 SSD dengan harga RM4,899

Pilihan RAM boleh dipertingkatkan sehingga 64GB (16GB x 4), ia juga mempunyai 1 PCIe x16 slot untuk tambahan lain. Nitro 50 juga boleh dibeli dengan sokongan pengecasan tanpa wayar yang menggunakan piawaian Qi. Tidak disahkan lagi mengenai penawaran fungsi ini di Malaysia.

Pembelian mana-mana model Nitro 50 ini semasa Acer Day x Shopee Superbrand, pembeli akan mendapat tetikus Predator Cestus 330 yang bernilai RM269 secara percuma.

Bermula 1 Ogos sehingga 31 September, Acer juga mengumumkan yang sebarang pembelian barangan mereka iaitu desktop ataupun monitor, pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah tambahan bernilai sehingga RM199 maklumat lanjut boleh dibaca melalui pautan ini Acer Day Live Your World (a-redemption.com).

Sohor Kini