Acer hari ini telah mengumumkan monitor Acer Nitro XV252Q F mereka akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,999 dan boleh didapati di mana-mana pengedar rasmi Acer, namun Acer mengatakan kuantiti yang diedarkan adalah terhad.

Acer Nitro XV252Q F mempunyai saiz 24.5 inci dan membawa resolusi 1920×1080 ataupun HD Penuh dengan menggunakan panel IPS. Monitor ini juga menyokong VESA DisplayHDR 400 dengan 99% sRGB warna gamut lebar dan juga teknologi Black Boost dan AMD FreeSync.

Ia menyokong kadar segar semula sehingga 390hz, iaitu untuk penggunaan biasa melalui HDMI ia akan menyokong sehingga 240Hz, dan untuk DP sehingga 360Hz. Manakala 390hz disokong melalui overclocked sahaja dan mesti menggunakan port DP. Bagi tempoh reaksi ia menyokong sehingga 0.5ms.

Pada pengumuman yang sama, mereka juga mengumumkan monitor Predator X34 GS iaitu monitor lebar dengan saiz 34 inci dengan resolusi 3440 X 1440 ataupun WQHD dengan menggunakan panel IPS. X34 GS juga menyokong Vesa DisplayHDR 400 dengan DCI-P3 98% warna gamut lebar dan juga teknologi Black Boost serta G-Sync. Ia ditawarkan dengan harga RM3,999.

Bagi kadar segar semula, ia menyokong sehingga 180hz iaitu untuk penggunaan biasa menggunakan HDMI menyokong sehingga 100hz, DP sehingga 144hz dan sehingga 180hz untuk overclocked menggunakan DP ataupun Type-C. Bagi tempoh reaksi ia menyokong sehingga 0.5ms.

Bermula 1 Ogos sehingga 31 September, Acer juga mengumumkan yang sebarang pembelian barangan mereka iaitu desktop ataupun monitor, pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah tambahan bernilai sehingga RM199 maklumat lanjut boleh dibaca melalui pautan ini Acer Day Live Your World (a-redemption.com).

Sohor Kini