Xbox Game Studios telah mengumumkan yang permainan simulasi lumba kereta mereka iaitu Forza Motosport 7 akan dihentikan penjualan pada 15 September 2021. Di mana selepas tarikh tersebut, pemain tidak lagi akan disenaraikan di Xbox Store dan juga Microsoft Store. Ia juga tidak lagi boleh didapati melalui Xbox Game Pass.

Namun, bagi pemain yang sudah memiliki, ia masih boleh dimuat turun dan dimainkan seperti biasa, mereka juga akan terus membuka fungsi dalam talian buat masa ini. Manakala bagi pemain yang bermain melalui Xbox Game Pass, tetapi telah membeli DLC, mereka akan memberi satu token untuk menebus permainan ini.

Jika anda tidak memilikinya, ia juga ditawarkan dengan harga promosi iaitu $9.99 sahaja untuk versi Standard di Xbox Store ataupun Microsoft Store.

Forza Motorsport 7 dibangunkan oleh Turn 10 Studios dan dilancarkan pada tahun 2017, apabila ditanya mengapa perkara ini dilakukan, mereka mengatakan ia berkait dengan lesen untuk menggunakan jenama kereta akan mula tamat selepas tarikh tersebut.

Sohor Kini