Marvel Studios dan Disney telah mengumumkan yang siri Marvel seterusnya yang akan tiba di Disney+ iaitu Hawkeye akan mula disiarkan pada 24 November 2021 dan seperti siri-siri sebelum ini, episod baharu akan tiba setiap minggu pada hari Rabu.

Hawkeye akan memperlihatkan Jeremy Renner kembali sebagai watak Clint Barton manakala Hailee Steinfeld akan menyertai MCU secara rasmi sebagai Kate Bishop. Buat masa ini, plot untuk siri ini tidak diumumkan lagi akan tetapi ia berkemungkinan besar memfokuskan bagaimana Clinat Barton melatih Kate Bishop.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Madame Masque dikatakan akan menjadi watak jahat di dalam siri Hawkeye, dan Vincent D’Onofrio juga dikatakan akan melakonkan semula watak Kingpin. Yelena Belova iaitu watak yang dipekenalkan di dalam filem Black Widow juga akan membuat penampilan di dalam siri ini akan tetapi tidak pasti sama ada penglibatan secara menyeluruh ataupun tidak.

Disney+ Hotstar merupakan perkhidmatan langganan oleh Disney untuk pasaran Malaysia, ia boleh dilanggan dengan hargam RM54.90 untuk 3 bulan ataupun melalui penawaran oleh Astro.

Sohor Kini