Square Enix telah mengumumkan yang penambahan utama seterusnya untuk Marvel’s Avengers iaitu Black Panther War for Wakanda yang antaranya akan menyertakan watak Black Panther akan dilancarkan pada 17 Ogos 2021 secara percuma untuk semua pemilik permainan tersebut.

Selain watak tambahan ketiga iaitu Black Panther, penambahan ini juga akan menyertakan dua watak jahat baharu, kawasan baharu untuk diteroka, Birnin Zana Outpost, Drop Zone baharu untuk sesi permainan solo serta multi-pemain dan juga misi Threat Sector. Square Enix mengatakan ia adalah penambahan terbesar di dalam permainan ini sejak dilancarkan.

Bagi pengenalan dan juga untuk pemain mencuba watak Black Panther, ia juga akan hadir dengan kempen penceritaan baharu serta beberapa misi yang khusus untuk Black Panther bagi membantu pemain untuk meningkatkan tahap watak tersebut dan juga mendapat barangan kosmetik.

Perkongsian lanjut mengenai Black Panther War for Wakanda akan dikongsi pada 16 Ogos 2021 melalui laman Twitch untuk Crystal Dynamics.

Marvel’s Avengers sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh cuba Marvel’s Avengers secara percuma sepanjang hujung minggu ini. Untuk ulasan anda boleh layari pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Sohor Kini