EA sebelum ini telah mengumumkan yang FIFA 22 akan menyertakan teknologi baharu iaitu HyperMotion yang akan menjadi teknologi esklusif untuk FIFA 22 di konsol generasi terkini iaitu untuk PlayStation 5 dan juga Xbox Series X. Melalui video bentuk permainan baharu, mereka memperlihatkan secara lanjut teknologi tersebut.

Teknologi HyperMotion ini dikatakan telah menggunakan pemain profesional untuk merekod pergerakan mereka, menurut EA terdapat 8.7 juta bingkai yang dirakam sebelum digunakan oleh pembelajaran mesin untuk memberikan pergerakan yang lebih realistik di dalam permainan.

Selain memberikan pemain pilihan pergerakan yang lebih banyak, ia juga membantu rekaan AI untuk menjadikan ia lebih bijak dan memahami pergerakan pemain lawan dan juga pergerakan semasa menyerang bersama pemain yang dikawal.

Selain itu, FIFA 22 juga akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk bentuk permainan, antaranya tetapan taktikal yang lebih menyeluruh, memudahkan pemain untuk menukar pemain aktif dengan menggunakan Icon Switching dan analisa perlawanan yang lebih mendalam.

FIFA 22 akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Bagi Switch ia akan menerima Legacy Edition manakala PS4, Xbox One dan PC tidak akan menerima teknologi HyperMotion.

Sohor Kini