Esukan.GG iaitu platform pengurusan kejohanan esukan telah mengumumkan pelancaran Eshop yang menjual pelbagai jenis tambah nilai yang memfokuskan kepada permainan video. Ia merupakan satu lagi perkhidmatan yang disediakan oleh mereka selain menganjurkan kejohanan esukan dan juga tempat rujukan untuk kejohanan yang sedang berlangsung.

Melalui Eshop mereka menawarkan tambah nilai untuk perkhidmatan seperit Garena Shells, Steam Wallet Code, Razer Gold PIN, PUBG Mobile UC, PlayStation Network untuk Malaysia dan juga Amerika Syarikat, serta iTunes, Google Play, Amazon, Xbox dan juga Nintendo eShop yang kesemuanya adalah untuk penggunaan akaun Amerika Syarikat.

Caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis tambah nilai, ia sedikit lebih mahal untuk tambah nilai yang digunakan di akaun luar negara. Anda boleh layari esukan.gg/eshop untuk melihat penawaran lain yang disediakan.

Sohor Kini