Kejohanan Free Fire Malaysia Championship 2021 bakal memasuki peringkat terpenting iaitu Peringkat Akhir selepas melalui peringkat kelayakan pada bulan lepas, dan peringkat Liga berakhir pada 18 Julai lepas. Peringkat akhir ini akan berlangsung pada 31 Julai dan 12 pasukan yang bertempur untuk merebut hadiah terkumpul RM136,400.

12 pasukan yang layak ke peringkat akhir adalah seperti berikut, mengikut kedudukan semasa Peringkat Liga yang melibatkan 18 pasukan keseluruhan;

  1. Auto Knock Out
  2. SEM9
  3. Geek FAM
  4. Freedom Rumble
  5. Blacklist International
  6. 4XMen Xpert
  7. Eternal Watchnlearn
  8. Team Fastkill
  9. Overdose LT
  10. Sorry Roar
  11. Legend
  12. Secret Movement

Penstriman langsung untuk peringkat akhir akan dipertontonkan melalui laman Facebook dan juga Youtube rasmi Free Fire pada 31 Julai 2021, 1 Petang. Mereka juga mengumumkan ganjaran kepada penonton mengikut jumlah tontonan yang dicapai.

Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini