Jika anda menonton acara pembukaan untuk Olimpik 2020, selain melihat pakaian yang cantik dipakai oleh kontinjen Malaysia, bagi pemain-pemain mungkin juga akan menyedari pelbagai lagu berdasarkan permainan video menemani kontinjen-kontinjen daripada pelbagai negara.

Namun, satu perkara yang agak aneh adalah dengan pelbagai lagu yang digunakan tiada satu pun adalah lagu daripada permainan Nintendo. Ketika acara penutup Sukan Olimpik 2016 di Brazil, Nintendo memainkan peranan yang penting apabila Perdana Menteri Jepun pada waktu itu Shinzo Abe keluar daripada paip mario untuk “tanggungjawab” menjadi tuan rumah bagi Olimpik 2020.

Berdasarkan laporan oleh media di Jepun Shukan Bunshun yang diterjemahkan oleh VGC, Nintendo telah menarik diri daripada terlibat dengan pembukaan Olimpik 2020 kerana kejohanan tersebut telah menerima kritikan oleh rakyat Jepun sendiri kerana dianjurkan semasa Jepun masih lagi sedang melawan Covid-19 yang terus meningkat.

Selain daripada itu, ia juga dikatakan selepas Olimpik 2020 ditunda ke tahun 2021, pelbagai perubahan skrip telah dilakukan, termasuk juga segmen-segmen yang dihasilkan oleh pencipta Mario dan Zelda Shigeru Miyamoto telah dibuang, ini membuatkan Nintendo tidak lagi ingin terlibat dengan kejohanan tersebut.

Sebagai satu syarikat terpenting jika tidak terbesar permainan video di Jepun, ia sudah semestinya menjadi pertanyaan mengapa Nintendo tidak disertakan di dalam acara pembukaan, kita mungkin mendapat jawapan sekarang, walaupun Nintendo sendiri tidak mengeluarkan sebarang pengesahan.

Sohor Kini