Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Ogos untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 3 Ogos sehingga 6 September 2021;

  • Hunter’s Arena Legends
  • Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville
  • Tennis World Tour 2

Tawaran kali ini adalah untuk pemilik PlayStation 4 dan juga PlayStation 5. Hunter’s Arena Legends adalah permainan baharu dan ia ditawarkan untuk pemilik kedua-dua generasi konsol. Manakala Plants vs Zombies dan Tennis World Tour 2 boleh dimainkan secara keserasian belakang di PS5.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Julai anda masih boleh melakukannya sehingga 2 Ogos 2021.

Sohor Kini