Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang konsol generasi terkini mereka iaitu PlayStation 5 telah terjual sebanyak 10 Juta unit setakat 18 Julai 2021. Sebelum ini mereka telah mengumumkan yang konsol tersebut terjual 7.8 juta unit setakat Mac 2021. Ini secara langsung menjadikan jumlah jualan untuk bulan April sehingga Julai adalah 2.2 juta unit.

Mereka juga mengesahkan yang PlayStation 5 adalah konsol terlaris di dalam sejarah konsol PlayStation. Perkara yang sama diumumkan oleh Microsoft untuk konsol Xbox Series mereka. Ini menjadikan kedua-dua konsol generasi terkini ini adalah paling berjaya untuk kedua-dua syarikat tersebut.

SIE juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada peminat yang terus menyokong mereka, pasukan pembangunan yang menghasilkan konsol yang baik, PlayStation Studios yang terus menghasilkan permainan yang berkualiti dan juga kumpula operasi yang cuba sebaik mungkin untuk memastikan konsol ini berjaya dipasarkan walaupun pelbagai kekangan.

Sohor Kini