Tencent telah mengumumkan yang PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG untuk musim keempat akan berlangsung pada 24 Ogos sehingga 19 September 2021, ia akan menawarkan hadiah terkumpul $150 ribu (~RM635 ribu). Selain itu mereka juga mengumumkan yang beberapa pencipta kandungan terkenal akan menyertai kejohanan tersebut.

Antara yang diumumkan adalah Fariz Zakaria ataupun Soloz akan menyertai pasukan Anti Circle, DaddyHood (DDYHD) akan menyertai pasukan Homebois dan XK Penjahat akan menyertai pasukan R2K. Dengan penglibatan nama-nama besar ini, PUBG Mobile berharap kejohanan ini akan mendapat lebih perhatian daripada peminat esukan.

Kejohanan ini akan berlangsung selama 18 hari di mana kejohanan hari minggu akan berlangsung setiap hari Selasa dan Rabu, Super Weekends akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad.

Bagi Kejohanan PMPL MY/SG musim ketiga, ia telah dimenangi oleh pasukan RSG Malaysia, diikuti oleh Geek FAM dan Anti Circle berada di tempat ketiga.

Sohor Kini