Pokemon Unite Menerima Gardevoir Minggu Ini

Pokemon Unite iaitu permainan MOBA yang dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch bakal menerima watak baharu pertama selepas pelancaran. Ia adalah Gardevoir iaitu Pokemon jenis Psikik/Fairy yang akan tiba di dalam permainan pada 29 Julai 2021.

Seperti watak-watak yang lain, Gardevoir mesti ditebus menggunakan Aeos Coin yang boleh didapatkan dengan bermain ataupun Gems yang boleh dibeli menggunakan wang ringgit. Buat masa ini tidak disahkan lagi harga untuk Gardevoir tetapi berkemungkinan 8 ribu Aeos Coin ataupun 460 Gems.

Gardevoir merupakan watak Attacker yang memfokuskan serangan jarak jauh, ia mempunyai kebolehan seperti Teleport, Confusion, Fairy Singularity untuk Unite Move dan Synchronize untuk kebolehan pasif. Anda boleh tonton video bentuk permainan melalui perkongsian di Twitter Pokemon Unite di bawah.

Pokemon Unite sudah dilancarkan untuk Nintendo Switch, ia akan dilancarkan untuk iOS serta Android pada bulan September ini. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini