Microsoft: Xbox Series Adalah Konsol Xbox Terlaris Di Dalam Sejarah

Microsoft hari ini telah berkongsi prestasi kewangan mereka bagi suku ketiga dan juga suku keempat untuk tahun fiskal 2021, di mana prestasi kewangan untuk bahagian Xbox pada suku ketiga memperlihatkan peningkatan 34% berbanding suku yang sama akan tetapi ia menurun 4% untuk suku keempat.

Walaupun begitu, CEO Microsoft Satya Nadella telah mengumumkan (dikongsi oleh IGN) yang Xbox Series merupakan konsol Xbox terlaris di dalam sejarah pengeluaran konsol mereka. Jumlah konsol tersebut terjual setakat ini mengatasi generasi-generasi konsol sebelum ini untuk tempoh yang sama walaupun dengan pengeluaran yang terhad akibat masalah kekurangan cip dan juga pandemik Covid-19.

Namun, sejak Xbox One lagi, Microsoft tidak lagi berkongsi jumlah unit yang terjual, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Sony untuk PlayStation dan Nintendo untuk konsol Switch mereka. Satya Nadella juga menegaskan yang mereka terus komited untuk terlibat dengan industri permainan video secara menyeluruh.

Sohor Kini