Pokemon Go mempunyai sistem anti-penipuan yang akan menjejak pemain yang cuba menggunakan aplikasi luaran untuk membantu (baca menipu) mereka di dalam permainan ini, oleh kerana jumlah pemain yang ramai sistem manual adalah sukar oleh itu sistem ini berfungsi secara automatik.

Ia akan menjejak pemain yang menipu dan akan terus mengambil tindakan, tindakan adalah memberi amaran, mengharamkan buat sementara waktu ataupun mengharamkan secara terus. Namun, minggu ini beberapa pemain telah melaporkan yang mereka diharamkan tanpa sebab. Perkara ini dilaporkan terlebih dahulu oleh Eurogamer.

Selepas laporan tersebut dikeluarkan, akaun twitter sokongan untuk Niantic iaitu pembangun Pokemon Go, mengatakan yang mereka menyedari mengenai masalah ini dan sedang memastikan pengharaman tersebut dibatalkan.

Mereka juga mengatakan yang ia akan dilakukan kepada semua yang diharamkan tanpa sebab, dan pemain tidak perlu menghubungi mereka. Dengan acara masa terhad sedang berlangsung sekarang, ramai pemain mengeluarkan rungutan yang mereka mungkin terlepas acara tersebut.

Pokemon Go sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini