Permainan Dr. Mario World Akan Ditamatkan Pada 1 November Ini

Nintendo telah mengumumkan yang permainan mudah alih Dr. Mario World akan ditamatkan perkhidmatan secara menyeluruh pada 1 November 2021. Permainan ini dilancarkan pada 2 tahun lepas untuk iOS dan Android, akan tetapi tidak pernah dikeluarkan secara rasmi di Malaysia.

Dr. Mario World adalah permainan tekaria yang perlu menyusun pil mengikut warna, permainan ini juga menyertakan mod multi-pemain. Ia ditawarkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi, namun mereka juga mengumumkan pembelian di dalam aplikasi akan ditutup pada 28 Julai 2021.

Nintendo juga berterima kasih kepada semua pemain yang telah bermain permainan ini, dan apabila ia ditamatkan kelak, pemain boleh mengakses sejarah sesi permainan mereka melalui laman khusus Dr. Mario World Memories.

Sohor Kini