Square Enix telah mengeluarkan satu kemaskini terbaru untuk permainan Marvel’s Avengers yang menyertakan Omega-Level untuk misi Family Reunion. Misi ini memerlukan empat pemain dan tidak boleh dilakukan secara solo. Tahap minimum adalah 145 akan tetapi dicadangkan tahap 150.

Dengan menyelesaikannya pemain akan mendapat gear terbaik, walaupun boleh dilakukan berkali-kali ganjaran tersebut adalah dihadkan kepada seminggu sekali sahaja.

Selain itu, kemaskini ini juga membolehkan pemain melakukan misi Mega Hive bersama dengan pemain lain dan membolehkan pemain menggunakan hero yang sama dengan pemain lain. Ini dijangkakan akan mempertingkatkan lagi proses pencariaan sesi permainan.

Square Enix sebelum ini telah mengumumkan yang Marvel’s Avengers boleh dicuba secara percuma bermula pada 29 Julai sehingga 1 Ogos 2021. Walaupun anda tidak akan berkesempatan untuk mencuba misi-misi yang sukar, tetapi anda boleh membawa kemajuan yang sama jika anda membeli permainan ini.

Marvel’s Avengers sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Sohor Kini