Mattel dan Milestone telah mengumumkan yang permainan lumba kereta akan datang mereka iaitu Hot Wheels Unleashed akan menyertakan 66 pilihan kereta semasa pelancaran. Selain kereta-kereta rekaan asal Hot Wheels ia juga akan menyertakan kereta berdasarkan rekaan pop culture.

Antara kereta-kereta yang akan disertakan adalah Party Wagon, Snoopy, Back to the Future Time Machine, Batmobile selain itu terdapat juga kereta berdasarkan rekaan kereta sebenar seperti Audy R8 Spyder, FIAT 500, 2018 Ford Mustang GT dan Mini Cooper S Challenge.

Pemain perlu bermain di pelbagai mod permainan untuk mendapatkan kereta-kereta ini, selain itu ia juga boleh dipertingkatkan tahap menggunakan Rarity System di dalam permainan ini. Terdapat juga peningkatan tahap rahsia yang boleh dicari oleh pemain.

Hot Wheels Unleashed akan hadir untuk PlayStation 5, Microsoft Xbox Series, Nintendo Switch dan PC pada 27 September 2021.

Sohor Kini