EA dan Velan Studios mengumumkan yang musim kedua untuk permainan multi-pemain Knockout City mereka akan bermula pada 28 Julai ini. Musim baharu ini akan membawa kandungan bertemakan filem dengan judul “Fight at the Movies”.

Musim baharu ini akan menyediakan peta baharu iaitu Holowood Drive-ini yang akan berubah bentuk mengikut filem apa yang ditayangkan iaitu tema seram untuk Cathedral of Horror atau tema cinta untuk Bridge of Love. Ia juga akan menyertakan jenis bola baharu iaitu Soda Ball.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik yang mengambil inspirasi daripada pelbagai jenis filem.

Knockout City sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia boleh dimainkan secara percuma sehingga Street Rank 25.

Sohor Kini