Warner Bros dan NetherRealm telah mengumumkan yang permainan Mortal Kombat 11 mereka telah terjual sebanyak 12 juta unit setakat ini. Menjadikan ia adalah permainan Mortal Kombat terlaris di dalam sejarah siri tersebut. Bagi keseluruhan siri pula, ia telah terjual sebanyak 73 juta unit.

Sebelum ini, NetherRealm telah mengumumkan yang Mortal Kombat 11 tidak lagi akan menerima kandungan baharu dan mereka akan beralih kepada projek baharu. Dengan kejayaan permainan ini, sudah semestinya akan memberi dorongan yang baik untuk projek baharu tersebut.

Di pengumuman yang sama, Warner Bros juga mengumumkan yang versi mudah alih iaitu Mortal Kombat Mobile pula telah dimuat turun sebanyak 138 juta kali untuk iOS dan juga Android. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Mortal Kombat 11 telah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Sohor Kini