Skip to main content

Assassin’s Creed Valhalla merupakan permainan yang dihasilkan untuk pemain terus bermain walaupun sudah menyelesaikan penceritaan utama, bagi memberi pengalaman baharu kepada sesi permainan, Ubisoft telah mengumumkan yang mereka akan menyertakan fungsi Penskalaan Tahap bagi permainan tersebut pada 28 Julai ini.

Mereka akan menyertakan 5 pilihan iaitu Default untuk mengekalkan seperti sedia ada, Off untuk menutup terus fungsi ini, Constant berkemungkinan ia akan mengikut tahap pemain, Harder menjadikan tahap penjahat sedikit lebih tinggi dan juga Nightmarish bagi yang ingin menguji kemahiran pertempuran.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan yang ia akan menerima kandungan untuk tahun kedua dan DLC seterusnya Siege of Paris akan tiba tidak lama lagi.

Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.

Leave a Reply